Monday, 23 November 2015

Sejarah Program PPKI Smk Takis

·          Program PPKI diwujudkan di sekolah SMK TAKIS PAPAR pada tahun 2008. Tetapi dijalankan sepenuhnya pada 1 Januari 2009. Program ini merupakan program yang pertama dibuka di sekolah menengah dalam daerah Papar.

·         Bilangan murid pada masa itu hanya 4 orang. Ke semua murid ini berpindah dari Program Integrasi pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SK. Surati, Papar ke sekolah menengah. Sehingga penghujung tahun 2009, murid telah bertambah menjadi 8 orang.

·         Tenaga pengajar ketika itu hanya 1 orang sahaja iaitu Pn Enas Liusin. Pada pertengahan Januari 2009 seorang lagi guru berkhidmat di sekolah ini iaitu Pn Inah Binti Mahat.

·         Pada  2012:
- Bilangan murid seramai 39 orang. 28 orang murid lelaki dan 11 orang murid
  perempuan.
- 3 orang murid dimasukkan ke kelas inklusif perdana (Tingkatan 4D dan
  Tingkatan 5B)
            - Tenaga pengajar seramai 3 orang (perempuan).
            -  Pembantu Pengurusan Murid (Akademik) 1 orang.

·         Pada 2013:
- bilangan murid telah bertambah menjadi 49 orang
- seramai 10 orang dimasukkan ke kelas aliran perdana sebagai kelas inklusif sepenuh masa
- kini kelas telah dibuka menjadi 5 buah kelas
- tenaga pengajar seramai 5 orang sahaja (perempuan)
- pembantu pengurusan murid seramai 2 orang.

·         Kini pada 2014:
-          Bilangan murid semakin bertambah menjadi 56 orang.
-          Seramai 8 orang murid diinklusifkan sepenuh masa di kelas aliran perdana.
-          Jumlah kelas juga semakin bertambah menjadi 6 buah kelas.
-          Tenaga pengajar seramai 7 orang.
-          Pembantu pengurusan murid seramai 2 orang


  *********************************************************************

            
Kelas Integrasi Pendidikan Khas SMK Takis, Papar telah dibuka pada 1 Januari 2009. Kelas ini merupakan program pendidikan khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Menengah terawal di daerah Papar. Pada 4 Januari 2009, kelas pendidikan khas SMK Takis menerima 4 orang murid yang terdiri daripada 2 orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki. Pada bulan Jun 2009 jumlah murid pendidikan khas meningkatkan kepada 8 orang. Januari 2010 ini,  pelajar di kelas integrasi pendidikan khas telah meningkat seramai 14 orang.
            Pada mulanya kelas ini mempunyai 2 orang tenaga pengajar dan pada awalnya kelas ini masih belum mempunyai pembantu pengurusan murid(PPM), tetapi pada November 2009  kelas ini telahpun  mempunyai pembantu pengurusan murid, dan pada Disember 2009 kelas ni telahpun bertambah seorang lagi tenaga pengajar  untuk sama-sama mempertingkatkan lagi pembelajaran dan pengajaran di kelas integrasi pendidikan khas.
            Tahun 2011, jumlah pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi ialah 27 orang terdiri daripada 7 orang pelajar perempuan dan 20 orang pelajar lelaki. Program Pendidikan Khas Integrasi mempunyai 3 orang guru dan 1 orang pembantu pengurusan murid. Malah Program Pendidikan Khas Integrasi sekarang mempunyai 3 buah kelas iaitu Kelas Kancil, Kelas Kelisa dan kelas Kenari. Dan Program ini juga mempunyai Kelas Inklusif sera mai 2 orang masing-masing duduk di kelas perdana iaitu kelas 3 Dinamik dan kelas 4 Bestari.
            Pada tahun 2012 , jumlah pelajar Program Pendidikan Khas seramai 39 orang terdiri daripada 11 orang pelajar perempuan dan 28 orang pelajar lelaki Program ini masih mempunyai 3 orang tenaga pengajar dan 1 orang pembantu pengurusan murid.
            Pada tahun 2013 , jumlah pelajar Program Pendidikan Khas seramai 49 orang terdiri daripada 11 orang pelajar perempuan dan 28 orang pelajar lelaki .Program ini masih mempunyai 5 orang tenaga pengajar dan 2 orang pembantu pengurusan murid.
            Kini pada tahun 2014 , jumlah pelajar telah bertambah menjadi 56 orang yang terdiri daripada 41 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan. Tenaga pengajar terdiri daripada seorang penyelaras program dan 5 orang guru perempuan dan seorang guru lelaki.



· Kemudahan fizikal:  Murid-murid khas ditempatkan di 1 buah bangunan sendiri dengan 6 buah bilik darjah untuk kelas-kelas pembelajaran.

0 comments:

Post a Comment