· Program PPKI
diwujudkan di sekolah SMK TAKIS PAPAR pada tahun 2008. Tetapi dijalankan
sepenuhnya pada 1 Januari 2009. Program ini merupakan program yang pertama
dibuka di sekolah menengah dalam daerah Papar.
· Bilangan
murid pada masa itu hanya 4 orang. Ke semua murid ini berpindah dari Program
Integrasi pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SK. Surati, Papar ke sekolah
menengah. Sehingga penghujung tahun 2009, murid telah bertambah menjadi 8 orang.
· Tenaga
pengajar ketika itu hanya 1 orang sahaja iaitu Pn Enas Liusin. Pada pertengahan
Januari 2009 seorang lagi guru berkhidmat di sekolah ini iaitu Pn Inah Binti
Mahat.
· Pada 2012:
-
Bilangan murid seramai 39 orang. 28 orang murid lelaki dan 11 orang murid
perempuan.
- 3
orang murid dimasukkan ke kelas inklusif perdana (Tingkatan 4D dan
Tingkatan 5B)
- Tenaga pengajar seramai 3 orang (perempuan).
-
Pembantu Pengurusan Murid (Akademik) 1 orang.
· Pada
2013:
-
bilangan murid telah bertambah menjadi 49 orang
-
seramai 10 orang dimasukkan ke kelas aliran perdana sebagai kelas inklusif
sepenuh masa
- kini
kelas telah dibuka menjadi 5 buah kelas
-
tenaga pengajar seramai 5 orang sahaja (perempuan)
- pembantu
pengurusan murid seramai 2 orang.
· Kini
pada 2014:
- Bilangan
murid semakin bertambah menjadi 56 orang.
- Seramai
8 orang murid diinklusifkan sepenuh masa di kelas aliran perdana.
- Jumlah
kelas juga semakin bertambah menjadi 6 buah kelas.
- Tenaga
pengajar seramai 7 orang.
- Pembantu
pengurusan murid seramai 2 orang
*********************************************************************
Kelas Integrasi Pendidikan Khas SMK Takis, Papar telah
dibuka pada 1 Januari 2009. Kelas ini merupakan program pendidikan khas
Bermasalah Pembelajaran Sekolah Menengah terawal di daerah Papar. Pada 4
Januari 2009, kelas pendidikan khas SMK Takis menerima 4 orang murid yang
terdiri daripada 2 orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki. Pada bulan
Jun 2009 jumlah murid pendidikan khas meningkatkan kepada 8 orang. Januari 2010
ini, pelajar
di kelas integrasi pendidikan khas telah meningkat seramai 14 orang.
Pada mulanya kelas ini mempunyai 2 orang tenaga pengajar
dan pada awalnya kelas ini masih belum mempunyai pembantu pengurusan
murid(PPM), tetapi pada November 2009 kelas ini telahpun mempunyai pembantu pengurusan murid, dan pada Disember 2009
kelas ni telahpun bertambah seorang lagi tenaga pengajar untuk sama-sama
mempertingkatkan lagi pembelajaran dan pengajaran di kelas integrasi pendidikan
khas.
Tahun 2011, jumlah pelajar Program Pendidikan Khas
Integrasi ialah 27 orang terdiri daripada 7 orang pelajar perempuan dan 20
orang pelajar lelaki. Program Pendidikan Khas Integrasi mempunyai 3 orang guru
dan 1 orang pembantu pengurusan murid. Malah Program Pendidikan Khas Integrasi
sekarang mempunyai 3 buah kelas iaitu Kelas Kancil, Kelas Kelisa dan kelas
Kenari. Dan Program ini juga mempunyai Kelas Inklusif sera mai 2 orang
masing-masing duduk di kelas perdana iaitu kelas 3 Dinamik dan kelas 4 Bestari.
Pada tahun 2012 , jumlah pelajar Program Pendidikan Khas
seramai 39 orang terdiri daripada 11 orang pelajar perempuan dan 28 orang
pelajar lelaki Program ini masih mempunyai 3 orang tenaga pengajar dan 1 orang
pembantu pengurusan murid.
Pada tahun 2013 , jumlah pelajar Program Pendidikan Khas
seramai 49 orang terdiri daripada 11 orang pelajar perempuan dan 28 orang
pelajar lelaki .Program ini masih mempunyai 5 orang tenaga pengajar dan 2 orang
pembantu pengurusan murid.
Kini pada tahun 2014 , jumlah pelajar telah bertambah
menjadi 56 orang yang terdiri daripada 41 orang pelajar lelaki dan 15 orang
pelajar perempuan. Tenaga pengajar terdiri daripada seorang penyelaras program
dan 5 orang guru perempuan dan seorang guru lelaki.
· Kemudahan fizikal: Murid-murid khas
ditempatkan di 1 buah bangunan sendiri dengan 6 buah bilik darjah untuk
kelas-kelas pembelajaran.